Total Pageviews

Wednesday 30 November 2016

Lately dia punya tahap teringin nak makan tu macam saka. Nampak tu teringin, nampak ni pun nak juga tapi tiba-tiba macam teringat lauk ketam telur masin. Pergh, kalau dapat ratah dengan nasi panas ni, confirm kenyang tak ingat. So belek2 fon terjumpa la gambar taun lepas masak ketam telur masin. Cara dia ringkas dan mudah je, cuma bahan dia je banyak sikit. Tak nak bebel banyak lagi , ni bahan2 dia.

Bahan2 :

- Ketam 3 ke 5 ekor, Disiang , dicuci dan digaulkan garam , lada sulah dan tepung jagung
- daun kari 3-4 tangkai
- cili padi (ikut suka 7-8 biji dicincang halus)
- telur masin kalau 5 ekor ketam letak dalam 5 biji telur senang kira
- bawang putih 4/5 ulas dicincang halus
-bawang merah 2 biji saiz sederhana juga dicincang halus
- susu cair satu (5-6 sudu besar)
- butter

Cara Masak :

- Telur masin direbus terlebih dahulu , setelah rebus dan dikopek kulit nya . hancurkan telur putih dan kuning menggunakan garfu dan biarkan sementara menumis bahan lain

-Ketam yang dah siang dicuci digoreng setelah dilumurkan lada sulah, garam dan tepung jagung sikit. Setelah masak angkat, dan toskan.

- Panaskan kuali dan letak 2-3 sudu butter, setelah cair masukkan bawang putih dan bawang merah . Tumis sehingga sedikit kekuningan

- Selepas tu masukkan daun kari dan juga cili padi. Tumis sehingga naik bau.

- Lepas tu letakkan kedua2 telur masin kuning dan juga putih yang telah dihancurkan tadi, gaul sampai rata

- Akhir sekali masukkan susu cair dalam 5-6 sudu besar, nak letak lebih pon boleh kalau suka berkuah , kalau tak letak banyak tu je. Kacau sehingga rata dan masukkan lah ketam yang dah digoreng tadi. Resepi ni aku tak letak pon garam cuma masukkan sikit lada sulah sbb telur masin dah memang masin so pandai2 la ikut tekak sendiri. 



so rupa dia akan jadi macam ni, haih kalau dapat ratah ni 2-3 ekor ak mampu makan ni :p

No comments:

Post a Comment

Sending me text :)