Total Pageviews

Tuesday 22 November 2016

Resepi ketam masak cili step by step

Okay , sape yg tatau ketam is my fav ever selepas udang dan sotong. Masak ketam cili ni x susah tapi renyah. hahha sebab kene goreng kena tumis . tapi paling nikmat bila makan kita lupe dah penat masak tu. huhuhu so ape lagi ni lah resepi dia.

Bahan2 untuk Ketam Masak Cili :

1. Ketam ikut suka ( 5 ekor)
2. Cili giling 5-6 sudu besar
3. Bawang merah 4 biji ( 2 hiris halus, 2 lagi potong bulat2)
4. bawang putih 3 ulas (cincang halus)
5. sos tiram (3 sudu)
6. gula garam ( pandai2 bajet)
7. asam jawa
8. 2 biji telur.
9. daun bawang. ( potong halus buat hiasan je tp ak suke sbb bau dia sedap menyelerakan :)

Cara Masak : 

- Siang ketam elok2 buang taik pastu ko garam kunyitkan dan goreng. ( pakai api besar sebab seafood cepat masak)

- Pakai minyak yg sama goreng ketam tu utk tumis bawang merah dengan bawang putih.

- pastu masukkan cili dan tumis cili sampai pecah minyak . Masukkan gula dalam satu sudu kecil tp jangan letak garam lagi sebab minyak goreng ketam maybe dah masin dan selepas tu masukkan je sos tiram 3-4 sudu.

- asam jawa kene letak sikit ambil segenggam asam jawa letak air separuh cawan pastu amek air dia separuh je. agak2 boleh paham ke tak? haha pepandai la yg penting rase je. xsalah kalau kita rase kan?

- pastu masukkan bawang yang da dipotong bulat2 tu haa.

- dan last skali pecah kan telur dan pukul telur tu dulu baru tuang dalam sambal tu. yang ni kene biarkan smpai dia masak sikit telur tu baru lah kau masukkan ketam2 yang dah digoreng.  Dah gaul sume baru korang rase masin ke tak sambal tu . Dah siap pi tabur daun bawang . pergh makan lah dengan nasi panas okay :)

* tips goreng ketam 

- ketuk2 sikit kt bahagian kaki ketam sebelum goreng atau rebus utk senang makan nnti
- masak pakai api besar sikit supaya bahagian isi dekat kaki tak kecut. 
- kenapa masukkan telur? telur function dia untuk kurangkan rase pedas dan buat semua bahan2 tumis melekat dkt ketam. So baru lah makan penuh bahagia gicheewwwww ... 




- maafkan gambar ni je ada dalam phone next time kalau za masak lagi za tangkap gmbr bnyk2 ye - (btw sambal akan npk ketul2 sebab ade telur . huhuhu )

No comments:

Post a Comment

Sending me text :)