Total Pageviews

Sunday, 11 December 2016

Sup Makaroni untuk baby

Salam semua kali ni za nak share resepi makaroni sup untuk baby . Anak za da 10 bulan tp masih belum ade gigi . Tapi doc ckp boleh je bagi dia makan pejal skrg sbb prctice gusi dia utk mengunyah . . Senang sangat nk buat makaroni sup ni anak korg akan lagi berselera makan .

Bahan2

Bawang merah separuh biji di potong halus
Bawang putih seulas di potong halus
Olive oil utk menumis
Udang atau hirisan ayam
Sup bunjut
Makaroni
Carrot dipptong dadu kecik2 ye
Telur sebiji
Ikan bilis yg dah dicuci

Cara masak

Makaroni direbus bersama carrot supaya lembut sama2 senang anak makan . Rebus selama 15-20 minit
Dah rebus toskan. Letak olive oil dan tunis bawang merah dan bawang putih dalam 10 saat je then letak air 2 cawan . Bila air da menggelegak masukkan ikan bilis dan sup bunjut .
Bila dah mendidih letakkan garam satu sudu kecil dan masukkan udang beserta telur .
Bila telur da masak masukkan pulak makaroni dan carrot yg dah direbus .
Lepas tu siap ! Sedia utk bg baby korg makan :)




Sunday, 4 December 2016

I LOVE BLACK AND WHITE!

Salam semua, selamat hari isnin. best tak hari isnin? bosan kan sebab da start keje balik start serabut balik , start balik rutin harian selama 5 hari. Start balik semua benda yang kita tinggalkan time weekend. So apakata dari semak2 korang tengok gambar2 dari ihsan google ni. 

Actually takde ape pon nak cerita. Just nak cakap za suka white color. black color and cream color. Ni antara impian lah kalau ade rumah satu hari nanti nak decor macam ni, xdpat perabut pon cukup lah dapat cat color kat bilik. hihih

putih , cream and black color nie kadang2 jadi kan kita tenang. Dia bagi kita relax and memang best lah kalau dapat realisasikan btol2 kt umah sendiri kan? Nahh! layan je gambar okay?


semua satu color tapi ape yang menarik pokok tu jadi mcm pin point kita akan tgk sentiasa. 


katil dia simple, deco dia pon simple tapi paling best sbb dia mcm vintage style.


selain gambar anjing tu , sume ak suke. Dahla bulb dia comel je, murah je kot. kerusi satu meja kecik satu. x susah kot nk carik mcm ni sebijik2 .


yg ni pon sama je. elemen white and black je. so simple! tapi kalau ada anak kecil takkan simple dahla pasti comot katil korang kene selek2 makanan ke air liur ke dgn anak.


ni paling win. Tikar dia rare. para dia rare. sarung belang2 tu pon tatau mana nak carik . yg ni obviously simple tp obviously mahal okay. haha kumpul2 bajet dulu insyaallah satu hari nanti boleh gak buat camnie. pakai DIY jela ye? 

Wednesday, 30 November 2016

Lately dia punya tahap teringin nak makan tu macam saka. Nampak tu teringin, nampak ni pun nak juga tapi tiba-tiba macam teringat lauk ketam telur masin. Pergh, kalau dapat ratah dengan nasi panas ni, confirm kenyang tak ingat. So belek2 fon terjumpa la gambar taun lepas masak ketam telur masin. Cara dia ringkas dan mudah je, cuma bahan dia je banyak sikit. Tak nak bebel banyak lagi , ni bahan2 dia.

Bahan2 :

- Ketam 3 ke 5 ekor, Disiang , dicuci dan digaulkan garam , lada sulah dan tepung jagung
- daun kari 3-4 tangkai
- cili padi (ikut suka 7-8 biji dicincang halus)
- telur masin kalau 5 ekor ketam letak dalam 5 biji telur senang kira
- bawang putih 4/5 ulas dicincang halus
-bawang merah 2 biji saiz sederhana juga dicincang halus
- susu cair satu (5-6 sudu besar)
- butter

Cara Masak :

- Telur masin direbus terlebih dahulu , setelah rebus dan dikopek kulit nya . hancurkan telur putih dan kuning menggunakan garfu dan biarkan sementara menumis bahan lain

-Ketam yang dah siang dicuci digoreng setelah dilumurkan lada sulah, garam dan tepung jagung sikit. Setelah masak angkat, dan toskan.

- Panaskan kuali dan letak 2-3 sudu butter, setelah cair masukkan bawang putih dan bawang merah . Tumis sehingga sedikit kekuningan

- Selepas tu masukkan daun kari dan juga cili padi. Tumis sehingga naik bau.

- Lepas tu letakkan kedua2 telur masin kuning dan juga putih yang telah dihancurkan tadi, gaul sampai rata

- Akhir sekali masukkan susu cair dalam 5-6 sudu besar, nak letak lebih pon boleh kalau suka berkuah , kalau tak letak banyak tu je. Kacau sehingga rata dan masukkan lah ketam yang dah digoreng tadi. Resepi ni aku tak letak pon garam cuma masukkan sikit lada sulah sbb telur masin dah memang masin so pandai2 la ikut tekak sendiri. 



so rupa dia akan jadi macam ni, haih kalau dapat ratah ni 2-3 ekor ak mampu makan ni :p